aku rasa letih, penat dan bosan dengan keadaan sekarang. Ntah la.....diluah mati mak, ditelan mati bapak..jadi kenapa tak kemam jek!! Aku mancari happy mood aku. Aku tak salahkan yang terjadi kat aku sekarang, tapi aku dah tak larat nak buat semua. Maybe sudah tiba masanya...
Tapi pada hari ni, Jam 3.30 petang. Setiausaha Big Bos telefon aku suh stanby sebab Big Bos nak jumpa aku. so aku tunggu la.. tepat kul 5.30 ptg, setiausaha Big Bos aku pun suh masuk bilik dia.
So perjumpaan aku dengan Big bos memakan masa sejam gak la. Banyak juga yang dibincangkan mengenai surat aku tu.
Melihat diri sendiri dulu adalah penting untuk kita melangkah jauh kerana kita mampu lakukan dengan perisai dalaman diri kita kena kuat iaitu iman, jiwa, semangat dan kesabaran. Dimana-mana kita duduk, kita kena ada prinsip dan pegangan kita. Janganlah seperti LALANG. Tiup mana2, semua ikut jek.
Perubahan perlu dilakukan dalam diri ni. kalau tidak kita akan jadi penat, letih dan mood semua hilang. Terima lah segala pendapat. Janganlah mudah melenting. Amalkan sikap terbuka. Kurangkan sifat ego tu, belajar menjadi seorang Pemimpin, belajarlah mengurus masa yang sesuai, belajarlah guna strategi yg mudah kan untuk kita laksanakan.
Insyallah....semua akan lancar.
Apa yang penting..MUHASABAH DIRI.
Bagaimana nak muhasabah diri sendiri? bagaimana caranya?
No comments:
Post a Comment